Sticker kpd ahli2 J.B.P

Sticker kpd ahli2 J.B.P

Saturday, October 2, 2010

Bismillahirahmanirahim...

Pertama sekali ingin diucapkan salam sejahtera dan selamat datang ke blog J.B.P (Jawa Batu Pahat). Di dalam log ini akan menghimpunkan pelbagai informasi dan maklumat berkaitan dengan masyarakat J.B.P seperti dari kesenian, adat istiadat, cara hidup masyarakat J.B.P dan pelbagai lagi....Selain itu akan disertakan juga dengan nombor panggilan individu tertentu bagi memudahkan lagi proses untuk berhubung sekiranya perlu....pada peringkat awal ini ingin saya perkenalkan terlebih dahulu berkaitan dengan adat istiadat dan kesenian masyarakat J.B.P serta pelbagai tempat menarik di daerah yang amat kami sekalian cintai iaitu Batu Pahat....maklumat berikutnya akan dimuat naik dari semasa ke semasa....sama-samalah kita memelihara dan memartabatkan bangsa serta budaya kita sebagai masyarakat Jawa di daerah Batu Pahat ini.....Tanpa usaha dari kita mungkin generasi akan datang tidak akan mengenali lagi segala-galanya berkaitan dengan masyarakat Jawa yang kita cintai ini....mungkin satu hari ada diantara anak-anak yang berketurunan Jawa dan memiliki darah Jawa segan untuk mengakui keturunannya sendiri....sedikit demi sedikit gejala itu telah kelihatan pada masa ini...oleh itu sebelum ia menjadi semakin parah ayuhlah kita sama-sama membawa nama Jawa...terutamanya Jawa Batu Pahat ke peringkat yang lebih tinggi dan dikenali ramai....supaya kita akan lebih berbangga dengan masyarakat, keturunan, bahasa, adat istiadat, kesenian, dan pelbagai lagi berkaitan dengan masyarakat J.B.P.....TAK KAN HILANG JAWA BATU PAHAT DI DUNIA........
p/s untuk tempahan sticker sila hubungi En Omar 013-7494103 (RM6 sekeping untuk cermin kereta sahaja)

2 comments:

  1. aku stuju benar dgn idea merapatkan orang2 jawa kat bp ni... Aku sendiri yang jawa ni cume pham ckp jawa je.... tapi nk blas... xlancar... so, dari blog camni la aku bleh bljr bahasa ibunda aku ni... cayalaaa.....!!!! wan

    ReplyDelete
  2. yeah trma kasih...itula tujuannya..byk lagi budaya ksenian J.B.P yang ada tp kte xtau....kt cni akn ku cuba hebahkan segalanya....harap dapat sokongan semua...wan, da join J.B.P comunity kt fb lm? lau lm joinla....salam..

    ReplyDelete